Latar belakang bilik berita (Unit wartawan muda SK Kg. Keledek) |
Jeket wartawan muda SK Kg. Keledek
Borang pemarkahan pemilihan calon wartawan muda SK Kampong Keledek |
Hari ini 13 November 2019 (Rabu 8.15 pagi) secara rasminya kelab wartawan muda SK Kampong Keledek berorepasi. Seramai lima orang murid dari Tahun 5, terdiri daripada 2 murid lelaki dan 3 murid perempuan telah dipilih menyertai peringkat awal penubuhan kelab wartawan muda ini. Jangkaan kelab ini akan berlambah ahlinya apabila dibuka untuk Tahun 4 dan Tahun 6 nanti.
Wartawan muda SKKK |
"BK Beretika Maklumat Bermakna"
Cogan kata Wartawan Muda SK Kampong Keledek "BK Beretika Maklumat Bermakna". Kelab Wartawan Muda Sk Kampong Keledek ini telah dirasmika oleh En Hussaini bin Haji Ibrahim Pegawai Pendidikan Daerah Lipis Sektor Pengurusan Sekolah (Unit Prasekolah dan Rendah) pada 20 November 2019 bertempat di dataran tengah SK Kampong Keledek, jam 10.30 pagi. Penubuhan Kelab Watawan Muda ini adalah bertujuan mencungkil bakat pelajar dan melatih pelajar cara berinteraksi serta menyampaikan maklumat yang bermakna dan bertatasusila. Melalui penubuhan kelab wartawan muda ini juga memberi peluang kepada pelajar berdikari dari segi memdidik diri supaya lebih berdisiplin dalam pemyampaikan sesuatu maklumat atau berita. Selain itu, pelajar juga akan memperolehi ilmu berkaitan dengan fotografi, editing foto dan juga kemahiran menggunakan komputer yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan juga boleh dijadikan satu kerjaya disuatu hari kelak. Pemilihan Motto wartawan muda BK beretika maklumat bermakna ini sesuai dengan bidang kewartawanan SK Kampong Keledek.
PERASMIAN PENUBUHAN KELAB
Perasmian Penubuhan Kelab
Kelab wartawan muda SK Kampong Keledek telah dirasmikan oleh Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Encik Hussaini bin Haji Ibrahim (Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Prasekolah dan Rendah) pada 20 November 2019 jam 10.30 pagi di dataran tengah SK Kampong Keledek.
AKTIVITI WARTAWAN MUDA SKKK
1. Format penulisan berita.
2. Format penyampaian berita.
3. Kursus Visual dan grafik (Editing).
4. Latihan fotografi.
5. Penerbitan Buletin Keledek.
6. Mencari maklumat.
FORMAT PENULISAN BERITA
Borang Format penulisan berita Wartawan Muda SK Kampong Keledek
=========================================================================================
INTRO BULETIN KELEDEK
=========================================================================================
BULETIN KELEDEK SKKK
Keluaran November 2019